Mengajar Bahasa Melayu Kepada Penutur Asing dan Cabarannya: Pengalaman di Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia

Zakaria, Khuzaiton and Abdullah, Thana (2014) Mengajar Bahasa Melayu Kepada Penutur Asing dan Cabarannya: Pengalaman di Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia. In: PDE Professional Development in Education Conference 2014, 11-12 Juni 2014, Park Hotel Bandung.

[img]
Preview
Text
Mengajar Bahasa Melayu Kepada Penutur Asing dan C.pdf

Download (268kB) | Preview

Abstract

Penulisan ini bertujuan berkongsi pengalaman mengajar bahasa Melayu kepada penutur asing atau orang asing yang berada di Universiti Malaysia Kelantan. Penutur asing yang dimaksudkan terdiri daripada dua kategori iaitu pelajar asing dan pensyarah asing. Mereka mempelajari bahasa Melayu mengikut keperluan masing-masing. Bagi pelajar asing mempelajari bahasa Melayu kerana kursus berkenaan diwajibkan kepada mereka seperti yang terdapat dalam peraturan yang disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Mereka tidak mempunyai pilihan lain kerana mengikuti Kursus Bahasa Melayu dan mempelajari bahasa Melayu adalah sebagai prasyarat untuk lulus dalam pengajian. Bagi kumpulan pensyarah bangsa asing pula mereka perlu mempelajari bahasa Melayu untuk kegunaan harian iaitu untuk berinteraksi atau berkomunikasi dengan komuniti yang ada di sekeliling mereka sebagai ikhtiar hidup dan bahasa komunikasi. Dengan kata lain, pengajaran bahasa Melayu kepada pensyarah asing ini adalah untuk memenuhi keperluan permintaan semasa.Kertas ini juga membincangkan cabaran yang dihadapi oleh penutur asing dalam menguasai bahasa Melayu.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information (ID): Mengajar Bahasa Melayu Kepada Penutur Asing dan Cabarannya.pdf
Uncontrolled Keywords: Bahasa Melayu, pelajar asing, pensyarah asing
Subjects: 400 Language > 490-499 Other Languages (Bahasa-bahasa Lain) > 499.28 Malay Language (Bahasa Melayu*)
Divisions: Prosiding Seminar > PDE 2014
Depositing User: Praba UT
Date Deposited: 01 Nov 2016 06:30
Last Modified: 01 Nov 2016 06:30
URI: http://repository.ut.ac.id/id/eprint/5010

Actions (login required)

View Item View Item